Lelaki Dan Clash Of Clan Berpisah Tiada - Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku yang baru dan belom bersawang ni. Untuk harini tertarik pulak aku nak bercerita mengenai Clash Of Clan yang kini menjadi trend terkini dalam proses untuk mengisi masa lapang. Tapi tak semua lelaki yang aku rasa akan hadap Clash Of Clan sentiasa, Aku sendiri pun pantang kalau online COC sahaja, Adalah mata tuan puteri intan payung aku melilau, tajam pendengaran dan tajam pemikiran, Mata renung seolah saka tengah tengok aku. Aku sendiri pun main gak game COC tapi tak kemaruk 24 jam.
Tapi jangan terkejut, bukan setakat lelaki malah, perempuan pun terlibat sama kemaruk dalam game Clash of Clan ni. Yang pasti diakui dan dibuktikan yang game tersebut boleh mengeratkan silaturahim dan slot mencari jodoh, Hanya kerana request naga untuk serang musuh je, toyol yang diberi. hahahaha!
Tapi berbalik pada tajuk diatas, sesetengah kalau dah kemaruk sangat game ni, boleh buat pasangan korang makan hati, termasuklah pasangan aku sendiri, tapi beliau steady je, siap bagi galakkan dan sokongan lagi. Malah siap donlod game tu sendiri sebab nak merasa keindahan alam COC tu nanti. hahah jenuh aku nak accept request yang dia mintak. Kadang, aku bukak clan ni sebab aku tertarik dengan deko-deko yang tersusun rapi sampai aku sendiri terpegun. Meh aku nk kongsikan beberapa Clan yang menarik minat aku untuk visit :-
Ini baru sikit je, banyak lagi clan-clan yang aku rajin visit untuk menjadi sumber inspirasi aku untuk buat bina kubu pertahanan nanti. Bukannya apa saja cuci mata. Lagi pulak bab-bab serang menyerang ni bagi pada aku yang pakar hahaah.









0 comments:
Post a Comment