Thursday, 17 December 2015

SUAMI ISTERI DALAM KEHIDUPAN




SUAMI ISTERI DALAM KEHIDUPAN - Assalammualaikum kepada semua pembaca blog aku, sedikit sebanyak perkongsian aku untuk mereka yang ingin diijabqabulkan membantu korang kelak, Saat lafaz terindah, memintal simpulan perkahwinan, melafazkan dari hati, mengikhlaskan diri mengambil dan memikul amanah dan tanggungjawab, 
"Wahai lelaki!!, jadilah kalian suami yang soleh yang kan bertanggungjawab diakhirat nanti ttg isterimu!!.. 

 "Wahai gadis, jadilah isteri solehah untuk seorang suami yang telah ditulis untuk mu sejak disulbi ibumu sehinggalah di mahsyar nanti"...........


sekadar renungan untuk diri ini,mampu kah kita sebagai kaum adam untuk pikul tanggungjawab yg besar ini, bkn sekadar nafkah zahir dan batin sahaja, malah ia lebihh besar dan  bagaimana untuk kita jd pemimpin keluarga kepada isteri dan anak-anak kita kelak. 

Tanggungjawab

Bukanlah satu membebankan jika kita saling bantu-membantu dalam apa jua keadaan, sememangnya sebagai lelaki tugas kita teramat berat sekali untuk dipikul malahan, selepas sah dalam satu pernikahan, secara automatiknya, segala dosa isteri kita akan beralih kepada kita wahai lelaki. 

Pengorbanan

Ramai kaum isteri tidak dapat melihat dengan mata kasar pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki terhadap pasangannya, ramai yang mengambil remeh tentang apa yang dilakukannya, ketahuilah setiap tindak-tanduk lelaki adalah satu pengorbanan yang besar buat pasangan dan rumahtangga yang dibina. 

Tanggungjawab suami  (Hak Isteri)
  • Memberi nafkah zahir dan batin
  • Membayar mas kahwin kepada isteri
  • Memberi layanan yang baik
  • Menjaga maruah isteri
  • Memberi didikan agama
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
  • Menjaga dari sebarang ancaman
  • Adil terhadap semua isteri
Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)
  • Taat dan hormat kepada suami
  • Menjaga maruah suami
  • Memberi layanan yang baik
  • Memuaskan hati suami  dan menyenangkan pada bila-bila masa
  • Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
  • Tidak keluar rumah tanpa izin
  • Tidak mendedahkan kelemahan suami
Semoga apa yang dikongsikan adalah bermanfaat. dan boleh di praktikkan terhadap pasangan kelak, 


0 comments:

Post a Comment